Monday, October 31, 2011

Puding Karamel


Nyum..nyum... Sabtu lepas mencuba resepi karamel... Tengok cam senang je..... jual kat pasar malam mahal tu sepotong...So apa lagi ambik langkah mencuba.... nyum..nyum...


Bahan-bahan :

(Untuk makan seorang/dua)

2 biji telur

1 gelas susu cair ideal, carnation dll

1 sudu esen vanila

4 sudu gula pasir (untuk buat air gula)


Cara-cara :

1. 2 biji telur + susu 1 gelas + esen vanilla dan masuk kedalam blander @ mangkuk. Syu pakai blander senang sikit..hehehe pukul kejap je jangan sampai kembang lak

2. gula pasir tadi dimasukkan dalam periuk dan dicairkan tanpa air.sambil tu boleh panaskan periuk kukus.

3. setelah gula cair, masuk ke dalam loyang kemudian dimasukkan pula bahan karamel yang dibland tadi keatas gula cair.

4. dikukus selama 10 minit selepas itu boleh dihidang nak sedap lagi bubuh dalam peti ais...

makan ketika sejukkk


hasilnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


karamel KU>.......





No comments: