Monday, October 31, 2011

IKAN SWEET SOUR & LOVELY





SEBELUM

SELEPAS

Puding Karamel


Nyum..nyum... Sabtu lepas mencuba resepi karamel... Tengok cam senang je..... jual kat pasar malam mahal tu sepotong...So apa lagi ambik langkah mencuba.... nyum..nyum...


Bahan-bahan :

(Untuk makan seorang/dua)

2 biji telur

1 gelas susu cair ideal, carnation dll

1 sudu esen vanila

4 sudu gula pasir (untuk buat air gula)


Cara-cara :

1. 2 biji telur + susu 1 gelas + esen vanilla dan masuk kedalam blander @ mangkuk. Syu pakai blander senang sikit..hehehe pukul kejap je jangan sampai kembang lak

2. gula pasir tadi dimasukkan dalam periuk dan dicairkan tanpa air.sambil tu boleh panaskan periuk kukus.

3. setelah gula cair, masuk ke dalam loyang kemudian dimasukkan pula bahan karamel yang dibland tadi keatas gula cair.

4. dikukus selama 10 minit selepas itu boleh dihidang nak sedap lagi bubuh dalam peti ais...

makan ketika sejukkk


hasilnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


karamel KU>.......





Tuesday, October 25, 2011

Tulang Masak Tempoyak


Masakan kegemaran........ Orang pahang je terer makan ni...


Bahan-bahan :

1. Tempoyak ikut kesukaan nak pekat bubuh banyak..nak cair buh 1 sudu je...

2.Tulang ikut suka

3.Cili api ikut suka

4.Kunyit Hidup 1 inchi

5.Asam keping (Kalau tempoyak tidak cukup masam)

6.Air masak


Cara -cara :

1. Rebus tulang hingga empuk

2.Sambil menunggu tulang empuk, tumbuk cili padi. kunyit hingga lumat

3.Tempoyak dikacau dengan sedikit air untuk melarutkannya... atau nak lebih senang boleh masuk terus kedalam periuk tulang.

4.Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi + asam keping

5.Rasa garam dan gula

6.Dihidang panas-panas bersama nasi....


TERANGKAT!!!!!!!!!!!


TULANG MASAK TEMPOYAK !!!!!!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

My SERAWA PISANG


SO YUMMY..... last week my hubby demam... teringin nak makan bubur kacang...hahaha bini dia ni lak g buat pengat pisang...lari dari niattttttttt...

setengah tempat panggil pengat setengahnya panggil serawa...apa pun... terbaekkkkkkk


Bahan-Bahan

  • Santan
  • Pisang Nangka @ abu
  • Gula melaka
  • Gula pasir
  • Garam
  • Susu pekat
  • Daun Pandan
Cara-cara

  • Cairkan gula melaka dan gula pasir didalam periuk
  • selepas cair gula tersebut, potong pisang mengikut kesukaan dan dimasukkan kedalam periuk yang berisi air gula tersebut.
  • Kacau gula dan pisang itu sekali bertujuan untuk mesrakan gula dan pisang.
  • Selepas itu masukkan santan ikut kesukaan inginkan pekat atau pun cair.
  • Masukkan susu pekat (untuk melemakkan kalau tak suka manis, tak bubuh pun tak apa) sedikit dalam anggaran 2 sudu, garam secukup rasa berserta daun pandan yang disimpul.
  • Rasa manis dan lemak pengat pisang tersebut masak sehingga mendidih
akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... wal..lahhhhhhh...........opppsss gambar x cun... tak profesional katakan......






Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 24, 2011

KERABU SOTONG



Emmm shud tengok tv.... cite warung kita, si farou

k tu selalu pesan kerabu sotong?.... emmmm sedap ke...den yang tak pernah makan ni...apa lagi ku gagahi mencari resepi dan inilah hasilnya....

ok lah...1st time cuba... nyum-nyum....

selamat mencuba...


BAHAN-BAHAN UNTUK KERABU SOTONG

  • Sotong Putih (anggaran)
  • Serai dihiris halus
  • Bawang Besar di hiris halus
  • Tomato dipotong dadu
  • Kacang Panjang dipotong halus

  • Sos Ikan
  • Cili Padi (Dipotong @ ditumbuk)
  • Air Limau
  • Garam
  • Gula Pasir
  • Gula Melaka sedikit
Cara-caranya :

  1. Sotong direbus sedikit.Jangan lama sangat nanti keras pu
    la kemudian ditapiskan.
  2. Bahan-bahan yang dihiris digaulkan bersama-sama dengan garam, gula, dan air gula melaka sedikit sehingga sebati
  3. Diperah sedikit air limau dan dimasukkan bersama sotong yang direbus itu
  4. Rasa manis, garam dan masam tersebut



STEAK DAGING



BAHAN-BAHAN UNTUK DAGING
  • Daging Lembu
  • Bawang Putih (ditumbuk)
  • Lada Hitam
  • Sos Ikan
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH LADA HITAM

  • Lada hitam
  • Bawang Putih
  • Sos Cili
  • Sos Tomato
  • Sos Ikan
  • Sis Tiram
  • Garam
  • Gula
  • Tepung Jagung (memekatkan kuah)
  1. Campur bahan-bahan daging tadi dan perap untuk 1 jam
  2. Setelah itu, masukkan daging kedalam periuk atau oven dan masak sehingga empuk (ikut suka) dan masak.
  3. Masukkan bahan-bahan untuk sos tadi didalam periuk kemudian kacau dan rasa manis dan pedas secukupnya.
  4. Tepung jagung di masukkan sedit untuk memekat kuahnya.
  5. Apabila kuah dah siap dimasak.... letakkan daging diatas pinggan dan tuang kuahnye...
  6. Untuk menambahkan kesedapan bubuh sekali sos cili, mayonis n rebusan jagung....