Wednesday, June 10, 2009

10.6.2009



Hari ini hari yang penuh emosi buat aku... pada tarikh ini 6.10.2006 bersamaan dengan hari sabtu tepat pukul 3.20 ptg ayah aku telah pergi meninggalkan aku serta keluarga buat selama-lamanya...


Hari ini genap 3 tahun ayah ku pergi, tanpa sempat meninggalkan pesan...... Walaupun telah 3 tahun, belum pernah 1 hari pun berlalu tanpa aku mengenang mu.....
Segala nasihat, gelak tawa abah masih terngiang-ngiang di kepala... walaupun telah 3 tahun abah meninggalkan kami, tapi terasa baru sangat.... Kami masih tidak dapat terima hakikat kini abah telah tiada......


Insyallah selagi hidup, syu dan abang-abang akan menjaga ibu sebai mungkin .....
Sentiasa syu doakan agar diampunkan dosa abah dari sekecil-kecil zarah sehingga sebesar-besarnya, semoga roh abah dicucuri rahmat, ditempatkan disisi orang-orang beriman dan disamping kekasih Allah S.W.T, Nabi Muhammad S.A.W.....


Ayah
Belum ada satu hari yang berlalu tanpa ku mengenang mu,
Terkilan hati ini menerima hakikat kau tidak kesempatan menyaksikan hasil perjuangan ku,
Percayalah ayah, selagi hidup nasib ibu tidak dipersiakan,
Kami rindu ayah…..

Sering ku tanya mana tujuan,
Namun hampa jawapannya,
Bergitu pun masa, tiada mengizinkan perginya tinggalkan semua,
Perjuangan diperjuangkan, demi tuhan dia rela,
Menghitung hari-hari mengenangkan kembali,
Perginya bertemu illahi bilakah pasti.

Ayah,
Demi tuhan ku bersyukur pertunjuknya menyedarkan kita,
Meski pun dosa, tiap hari ku pinta, agar bersih semuanya,
Penderitaan dan perjuangan jasa mu tetap ku kenang.

Suatu sedih gumpal dihati,
Tiada mampu ku beri,
Hanya doa terukir setulus yang murni ku pinta pada mu illahi setiap hari.

Ayah,
Demi tuhan ku bersyukur pertunjuknya menyedarkan kita,
Meski pun dosa, tiap hari ku pinta, agar bersih semuanya,
Penderitaan dan perjuangan jasad mu tetap ku kenang.

4 comments:

Layla Haq said...

Salam kenal.

Barang yang lepas jadikan kenangan yang memberi semangat. Al-Fatihah buat ayahanda.

Rauna' said...

Terima kasih

Anonymous said...

Insyallah, doa anak yang soleh dan solehah ada antara perkara yang memberi kesejahteraan ke roh orang yang kita sayangi. Wajib kita mohonkan keampunan dan rahmat allah swt untuk orang yang menyebabkan kita lahir di dunia. Anak yang lupa untuk mendoakan ibubapa semasa hidup atau pun setelah mati jatuh hukum derhaka pada ibubapa. Maka bertuah lah ibubapa yang melahirkan kamu, syuhada..

Rauna' said...

Terima Kasih atas sokongan yang diberikan...

amin...