Monday, June 8, 2009

Latest Book..

RINDU BAU POHON TIN
Hasrizal Abdul Jamil
Kategori Travelog Tarbiah
ISBN: 978-983-097-229-9
Tebal: 180 ms
Harga: RM18

Merupakan catatan kembara penulis di bumi Jordan. Penulis merakamkan pelbagai iktibar kehidupan, berkongsi cerita, memberi ‘rasa’ dalam tawa dan air mata. Jauh dari kampung halaman, kelananya sering dilanda payah dan derita. Namun kenangan yang menjenguk selepas perjalanan masa, rindu pula bertamu di jiwa. Nostalgia itulah yang memperkenalkan erti kehidupan, ukhwah dan kasih sayang.

Sesekali pembaca mungkin akan terbawa-bawa suasana yang disampaikan penulis bagaikan sebuah realiti di depan mata. Itulah musafir kelana. Senaskhah travelog yang mengajak kita mencari diri dalam kembara memburu cinta Ilahi!

SYUHADAH : waaaaaaaaaaaa 1 minggu 1 buku nie... abis gak duit den tapi minat punya pasal.. insyaallah agar diberkati hendaknya... amin...
Alhamdullilah dapat juga syu abiskan bacaan buku ini, tau mengenai buku ini dari Bos Mrs Sham and tau mengenai author dia dari Pakcik Joy.. thanks a lot... Bagus juga buku ini cuba ada juga bahasa dan ayat2 yang digunakan sukar difahami kerana menggunakan bahasa arab... but ok and interesting terutama sekali ketika kawan-kawan dia meninggal kerana kemalangan... agak tersentuh,,,,.... so my next book adalah dari author yang sama tajuk dia aku terima ...... harap kengkawan leh baca juga buku nie.....
ops... plz visit to my blog http://rauna83.blogspot.com/

No comments: