Monday, September 14, 2009

Lailatul Qadar

Satu riwayat mengatakan bahawa apabila berlaku malam Lailatul Qadar Allah akan mengutuskan 70 ribu para malaikat bersama2 Jibril a.s turun ke bumi. Masing2 membawa 4 bendera cahaya untuk dipacakkan di 4 tempat :

1- Di Kaabah
2- Di Makam Rasulullah (Masjid Nabawi)
3- Di Bukit Tur Sina (Mesir)
4- Di Masjid Al-Aqsa.

Kemudian semua para Malaikat akan memasuki rumah2 orang Islam di atas muka bumi ini, kecuali rumah yang ada 4 perkara di dalamnya :

1. Rumah yang ada arak di dalamnya.
2. Rumah yang ada maksiat di dalamnya.
3. Rumah yang ada patung di dalamnya.
4. Rumah yang ada anjing padanya.

Apabila para Malaikat memasuki rumah2 orang Islam bila di dapati manusia itu tidur maka malaikat akan keluar dengan keadaan kesal dan berkata "ruginya manusia ini". Manakala rumah yang dimasuki ini didapati ada orang yang sedang beribadah maka dia akan memohonkan keampunan baginya dan rahmat.

Mengikut pendapat Imam An-Nasai bahawa pada malam Lailatul Qadar adalah malam yang ditentukan segala perkara termasuklah Jodoh, Ajal dan Rezeki.

Jodoh - bermakna Allah akan memasukkan namanya ke dalam senarai orang yang akan berkahwin pada tahun akan datangnya. Barang siapa berdoa untuk bertemu jodoh akan dipertemukan oleh Allah dalam masa yang terdekat.

Ajal - Allah telah memilih orang yang akan dimatikan pada tahun akan datangnya dan barang siapa yang berdoa untuk panjang umur pada malam tersebut Allah akan mengeluarkan namanya untuk dimatikan pada tahun itu.

Rezeki - Barang siapa yang berdoa untuk diluaskan rezeki akan dikabulkan untuk mendapat keluasan rezeki pada tahun itu.

Pendapat Imam An-Nasai itu berpandukan dalil Al-Quran ayat ke-4 surah Ad-Dukhan yang bermaksud "Pada malam itu ditentukan segala urusan (makhluk) dengan penuh hikmah"

Oleh itu kejar wahai manusia terutama yang berhajat moga2 Allah menerima usahamu dengan menganugerahkan malam yang penuh keberkatan itu.




Al-Faqir ila Allah

Al-Jauhari
12.42 am
Subang Jaya.


CREDIT : http://www.albairaha.blogspot.com/

No comments: