Sharing is Caring....
Ini adalah salah satu adat yang family syu masih ikut dan lakukannya... Walaupun setengah kata itu kurafat tapi bagi pandangan syu semuanya urusan allah s.w.t...
Sumber:- Buku Batu Masjid Permata Kami Setelah Seratus Tahun Berlalu (ZabidinHj. Ismail @ Jari Basurek)
Adat berjojak atau tersohor dengan "pantang tanah" amat sinonim di kalanganmasyarakat keturunan Rawa (disebut Rao) iaitu adat yang menandakan berakhirnyatempoh larangan bagi anak kecil lelaki atau perempuan untuk menjejak kaki ketanah. Adat ini dipercayai dibawa ke sini dari Sumatera Barat oleh beberapapeneroka Batu Masjid. Dalam tempoh pantang itu, kanak-kanak tidak dibenarkanmenjejaki tanah walaupun sekali. Bahkan dia juga tidak boleh terkena tanah padamana-mana bahagian tubuh badan kerana dipercayai boleh mendatangkan penyakitseperti cirit-birit dan muntah-muntah.
Kanak-kanak jika terkena tanah secara automatik akan diserang sakit perut ataumuntah-muntah atau demam yang tidak mahu kebah. Ubatnya ialah jampi pada ubunkanak-kanak itu serta sapuan kunyit hidup pada kening dan kepala lutut.Pengubatan ini dilakukan seseorang yang telah ditauliahkan sebagai bomoh pantangtanah.
Adat berjojak pula adalah satu majlis istiadat membatalkan pantang tanah kepadakanak-kanak keturunan Rawa yang sudah boleh berjalan. Majlis berjojak diwarnaidengan kain pemidang berwarna kuning yang dijadikan bumbung bagi memayungi acarayang dilangsungkan di atas hamparan tikar atau permaidani yang ditaburi dengantujuh jenis bunga termasuk daun gelenggang.
Pakaian kanak-kanak yang berjojakitu serba serbi berwarna kuning. Kedua-dua orang tua kanak-kanak itu duduk(utara & selatan) di hujung tikar atau permaidani yang tugasnya akan menyambutkanak-kanak yang ditatihkan oleh bomoh pantang tanah.Pada babak permulaan, kanak-kanak yang berada di ribaan ibunya dijampi dandiminta menjamah tiga tanah yang diwarnakan iaitu putih, kuning dan hitam sertaditunjukkan hiasan emas, kemudian dipapah atau dipimpin berjalan di atas taburanbunga berwarna-warni sebanyak 7 kali dan disambut oleh kedua-dua ibu bapanyasebaik sahaja tiba di hadapan mereka.
Semasa berjojak dilangsungkan pukulan gongyang dipukul lembut dan disambut pula oleh dentuman mercun atau beberapa dastembakan senapang patah.Selepas berjojak kanak-kanak berkenaan dibawa untuk mandi berlimau di luar rumahdan didukung dan dipayungi dengan payung berwarna kuning atau berjurai kuning.Selesai mandi kanak-kanak itu disajikan dengan seekor ayam golek masak lemakkuning (tidak pedas).
Biasanya ayam jantan bagi lelaki dan ayam betina bagikanak-kanak perempuan. Sebelah ayam itu akan diberikan kepada bomoh pantangtanah sebagai upah berjojak. Pada tetamu yang hadir akan diberikan sajianistimewa iaitu Beras Rendang. Kudapan ini diperbuat daripada pulut yang digorengbersama kelapa dan gula, kemudian dibungkus dengan daun pisang atau palasseakan-akan kuih lepat.
Credit to : batu masjid blogspot..
No comments:
Post a Comment