Friday, June 5, 2009

Pictures Back...

Amazing Pictures......

















credit to : Foward email anita










Bubur Lambuk Ayam

Teringat plak bulan pose... bubur nie memang sedap bubur dari kg baru.... heheheh.. kat cafe ada jual plak 2,3 airnie....

Bahan-Bahan:
100 gm beras

Sehelai daun pandan

2 batang serai4 sm halia

4 sm kulit kayu manis

300 gm ayam (diricik halus)2 helai daun bawang

4 kuntum bunga lawang

200 gm minyak sapi

1 ½ liter air

2 gm buah pelaga
5 gm bawang goreng2 cawan santan


Bahan dihiris:4 ulas bawang merah2 ulas bawang putih


Cara:

Panaskan minyak, masukkan daun pandan, bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tumis hingga naik aromanya dan berbau wangi. Masukkan air dan beras. Bila nasi sudah kembang, masukkan garam, santan, ayam yang telah diricik dan masak hingga mendidih dan bolehlah dihidangkan. Hidangkan bersama bawang goreng dan hirisan daun bawang.

pagi tadi makan bbur lambuk nie...waaaaaaaaaaaa nampak pictures cam sedap je... so ape lg... plz try this at home.... kalu sedap bagi tau saya kalu x sedap pandai2 cari resepi lain bagi sedap....



credit menu : Mesra.net pictures by hanieliza.blogspot

Thursday, June 4, 2009

Handphone... oh!!! handphone...

H.A.N.D.P.H.O.N.E
ADA APA DENGAN HANDPHONE....?????


kenapa eik manusia suka sangat tukar2 hp... adakah belum puas dengan hp yang ada.. atau pun untuk menunjuk2... or more on up to date....
bagi syu, syu suka handphone more than gold... hahaha. syu ni tak minat sangat emas2 nie.... tapi syu suka handphone bukan untuk menunjuk but more on up to date dan nak merasa.... but bila u dapat hp yang u nak tu.... waaaaaaaaaaaaa terasa puas sangat...... nak pulak duit u sendiri walaupun 2nd takpe asalkan u dapat hp yang u nak nie... tapi budget mau kira juga la... tapi kalau orang yg suka2 tukar hp untuk menunjuk n glamour... memang parah ni... tu namanya,,,, duit terlebih sudah... pe2 pun poket check dulu..


kan sekarang macam2 hp canggih.... so apakah pilihan hp anda.... lu pikir la sendiri....apsal lak aku buka topik hp nie?.... terasa nak tangkap 1 hp nie la.... heheh apa2 pun....keep smile....... jadi ke tak jadi syu nak tangkap 1 hp nieeeeeeeeeeee.....
continue....

Friday, May 29, 2009

Membaca Jambatan Ilmu....


Judul: Ensiklopedia Fikah Sunnah Wanita
Penulis: Syeikh Ahmad Jad
Penerbit: Al-Hidayah Publications (2009)
Harga: RM50 (Sabah & Sarawak RM55)
Halaman: 466

PADAT dengan hukum fiqah merangkumi bab bersuci, solat, puasa, zakat, haji, perkahwinan, harta warisan dan seumpamanya.Setiap perbahasan disokong dalil daripada al-Quran dan sunnah serta banyak dikaitkan dengan hal yang khusus bagi wanita.Kandungannya sesuai dengan tuntutan dan keperluan zaman sekarang, menghindari perkara khilafiah (perbezaan pendapat) dan masalah fiqah yang sudah difahami sebahagian besar orang terpelajar bahkan susah difahami wanita secara umum.Karya ini mudah difahami kerana sistemetik dan jauh daripada khilafiah yang membingungkan.


Ini buku yang 2nd latest syu tengah baca.... syu bukan la pandai sangat bab agama ni... sebab tak pandai la kena baca...hehe... orang kata duiniawi... duniawi juga yang akhirat itu hakiki.... buku nie Ensiklopedia so banyak la fakta yang syu tak tahu dan dalam tanda tanya terungkai didalam buku ini ..insyallah... so boleh la dikongsi bersama...

after this syu view buku lain plak ok....


p/s: sharing is caring.... pakcik joy jangan mare....

credit : fact of book info by harian Metro...

Lelaki....

Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi.
Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat.
Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita...

Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2.
Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini...
Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa... yang lain hanya kawan

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

p/s pakcik joy baca tak nie?...khas untuk pakcik......

Credit to : foward email reza

Prof Kamil...Selamat Menunaikan Umrah...

as salam..


selamat pagi malaysia... selamat pagi sahabat-sahabat ku...

hari ini prof kegemaran aku, walaupun dia tak pernah ajar aku but aku still respect dia as prof... dia adalah prof kamil dari uitm johor.. mungkin stduent uitm johor and shah alam mungkin mengenali beliau... beliau bukan sahaja seorang prof tetapi seorang pengarang buku... arinieb eliau akan pergi menunaikan umrah... alhamdulillah... pada mulanya aku tak kenal sangat dengan beliau sampai lah pada suatu hari boss aku berbual dengan aku mengenai buku hasil penulisan beliau... semenjak itu aku mula mencari buku semua penulisan beliau untuk dijadikan koleksi aku... buku beliau travelog haji & travelog dakwah banyak mengajar aku tentang hidup... buku beliau menceritakan tentang perjalanan dan pengalaman beliau pergi menunaikan fardhu haji, bagaimana jahilnya beliau sampai tidak tahu alif, ba , ta... dan membaca quran dan bagaimana beliau mengubah cara hidup dan kerja beliau kepada landasan islam setelah kembali menunaikan haji... bagaimana beliau dijadikan insan yang sungguh istimewa ketika ditanah suci dan bagaimana doa seorang yang jujur dan ikhlas dimakbulkan.......
masyallah... aku baca buku beliau sampai menitis air mata aku... tersentuh sungguh hati aku bila membacanya... baru2 nie aku beli vcd beliau secara onilne direct kepada beliau... aku tgk vcd tu pun mengalir juga air mata aku...

so prof saya doakan prof dan keluarga dilindungi oleh allah s.w.t dan diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan umrah dan diberkati oleh allah s.w.t...

selamat jalan selamat pergi dan selamat kembali... setelah kembali saya harap proff boleh menulis pengalaman prof pergi umrah pula untuk dikongsi bersama..... amin... so kepada kengkawan semua syu harap korang boleh la beli buku ini... dan kita berkongsi dan renung-renungkan bersama....





Wednesday, May 27, 2009

Lawatan kerja sambil cuci mata

Hari nie aku ada lawatan g Matrade.... ada lawatan dari special xxxx trip..... peh .. best giler la matrade...

walaupun 1 bangunan tapi best la... canggih sesanggat.... dia nya ruang pameran, museum n library memang cantik sesangat macam shopping kompleks....

bila la kita nya sdn bhd nak buat camtu.... memang puas hati...
apa2 pun hujan emas dinegeri orang hujan batu di tempat sendiri... lebih baik tempat sendiri... tul x?...

emmm kitaorang g jalan2 cuci mata..... sok apa plan eik.....

to be continue......

Tuesday, May 26, 2009

Touching.....

kadang-kadang allah berikan kita awan yang berarak mendung yang kelabu, kita tercari-cari dimanakah matahari yang akan menyeri dan menyinarkan kita tapi tanpa kita sedari rupa2 nya matahari yang dicari berselindung disebalik awan.

tapi aku?.... cahaya itu dimana?... masih berselindung lagi disebalik awan?... emmm masih dalam tanda tanya.....

waktu ini terkenang kembali arwah ayah ku.... aku terlalu merindui beliau...

Sejak ayah aku meninggal dunia kira-kira 3 tahun lalu tak pernah aku melupakannya walaupun sehari... time tu aku final sem ... tuhan jela yang tahu macam mana aku meharungi final sem aku itu.... perit dan pahit yang aku rasa......

aku terkilan sangat disaat hidup aku telah stabil, telah berjaya.... ayah ku tidak sempat untuk merasa semua itu... tidak sempat berkongsi kegembiraan semua itu.... yang hanya mampu aku lakukan berdoa, dan memperbanyakan sedekah atas namanya.....

waktu aku belajar dulu, dia lah yang banyak membimbing ku.... membantu ku... bersusah payah kerana ku.. tiap-tiap hari dia call aku.... maklumlah aku ni anak bongsu... risau sungguh katakan... aku ni umpama teman bermain beliau... kalu aku takda sunyi la dia.... tu yang calllllllll setiap hari.... tapi bila aku dah berjaya mengejar impian ku... telah menjadi manusia yang berguna.... beliau tidak sempat merasa semua itu.....

kata2 dan nasihatnya masih terngiang2 di kepala ku.... difikiran ku dan dihati ku....
nasihat abah takan a' lupa buat selama2nya.........

antara nasihat yang aku tersentuh sekali ialah " syuhadah, abah ni tak da harta, abah taknak simpan harta yang abah ada harta cuma anak-anak abah aje... abah nak bagi korang ilmu, sekolahkan korang sehingga berjaya, abah nak anak-anak abah berjaya"

emm nasihat tu sering dia cakap kepada kami adik beradik.... terutama kalu dia tengok result aku teruk... time tu dia start bagi ceramah.... dan termasuk la nasihat yang tadi tu....

sampai sekarang aku still teringat kata2nya... dan baru aku sedar apa yang ayah aku pernah cakap dulu tu memang betul....

yaallah ya tuhanku kau tempatkanlah ayah ku disisi orang2 yang beriman... disamping kekasih mu..

kau ampunkan lah dosanya2 dari sekecil2 zarah sehingga sebesar2nya.... kau tempatkanlah ia disyurga mu..... amin...

Friday, May 22, 2009

Student Practical

next week student practical datang sini..... 2 orang.. teringat plak aku zaman aku practical dulu ada la dalam 2 tahun lepas...

time tu mental masih mental student... tapi execited giler.... tima tu la kenal erti keje.. maklumlah tak pernah keje before this, selalu kan g kelas lambat2 je kelas kul 10 katakan... g keje kena masuk before 8... waa bangun pagi nasib ok.........tapi tak la teruk sangat practical nie... keje bagi pun tak banyak... execpt kalau dapat staff yang membuli tu (macam pakcik joy... ahha jgn mare pakcik) tu lain cite la... nasib la aku diberi keje yang sama dengan bidang yang aku belajar member syu dapat keje yang lari dari bidang heheheh... keje dia photocopy ajeeee....... sian...
aku rasa bebudak yang practical kat sini mesti best.. department syu best giler.. and happppeeningggggggggg (depart pakcik joy pennnnnnnnninggggggggg)


k lah next story plak....byeeeeeeeeeeeeeeeee

" cinta umpama menangkap kupu-kupu semakin dikejar semakin ia lari jauh...."

New News...



As salam..




Emm lama tak mencoretkan apa2 kat sini.... member tu bising la... blog takde cite tentang syu... pakcik ni memnag.... banyak songgeh..




my news... busy le sesangat2 tapi still ok lagi la... just return back from negeri sembilan... ada Talk Presentation kat sana .. comming soon may be g Johor dan sewaktu dengannya Kelantan or Terengganu... cuti2 malaysia ke?... tak lah... keje la.... tapi leh la gak cuci mata as my close frenz know my mom baru je lepas operate mata... alhamdullillah mata mak ok.... terima kasih kepada DR.Zainal dari THONEH, nurse dan kengkawan yang member layanan yang tersangat bagus.


Mak pun dah ok tapi still dalam pantang lagi la.... Terima Kasih gak kepada abang2 syu yang yang bergilir2 menjaga emak sampai sekarang..... Bila syu tanya bila ma nak buat lagi sebelah... mak syu bising heheh dia cakap nilu operate aritu pun tak hilang lagi...




My good news......................... emm apa eik?..... keje ok je..... bertambah2 ok... pakcik joy bila nak belanja nie.... ponat tunggu... bolanjo kat cafe pun kodukut... Tapi frust la pakcik.... syahdu sungguh buka slip gaji pagi tadi...


syu tengah tunggu vcd ni... kata nak pos kat pej... sampai la nie tak dapat lagi... goram sungguh.....


k lah... mau buat keje sikit... nanti sambung ....