Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Wednesday, June 24, 2009

VCD Travelog Haji







~ VCD adalah rakaman syarahan saya di UiTM Johor tempohari. Rakaman ini adalah usahasama banyak pihak termasuk PTS dan Metadome. Syarahan ini lebih kepada memberi motivasi bagi mengajak masyarakat mengakui akan kebesaran dan kehebatan Allah SWT.~ (Petikan dari blog Muhd Kamil.net)



Hari tu syu bubuh mengenai buku dia yang ini pulak mengenai VCD dia.... This person is one of my favourite writer, i realy respect this person... dia banyak mengubah persepsi dan pandangan syu.... So i hope kengkawan boleh beli VCD and Buku dia rasai apa yang syu rasa coz apa yang dia tulis dan sampaikan betul2 sampai ke hati syu sendiri... tak macam penulis lain...

Syu masih menunggu buku keluaran terbaru beliau... tak silap ada 2 buku.... i'm waiting....

Monday, June 22, 2009

Today Book...


Penulis
: Fatimah Syarha Mohd Noordin
Kod Katalog
: TBBK 1111
Kod ISBN
: 978-967-5102-40-0
Harga
: Semenanjung M'sia - RM12.00
: Sabah / S'wak: RM14.00

Novel ringkas ini mengisahkan Qaniah, seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.


KOmen : Buku nie ok untuk bertukar pandangan, bercinta menurut islam dan melalui landasan islam. Cuma view buku ini, buku ini terlalu nipis 88, ayat yang digunakan dan penulisan nya terlalu mudah.... Buku ini terlalu happening sangat macam buku remaja.....
Banyak panduan serta nasihat juga yang boleh diikut didalamnya..



Credit : Telaga Biru.

Wednesday, June 17, 2009

New Book

MY LATEST BOOK.....




Tajuk : Bercinta Sampai Ke Syurga

Pengarang : Hasrizal Abdul Jamil

Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd

ISBN : 978-983-097-230-5

Mukasurat : 271 Halaman







Kesinambungan kepada buku best seller Aku Terima Nikahnya. Mengandungi kisah alam rumah tangga dan nasihat yang tersendiri, menyentuh hati, geram, sinis, lucu, marah; kesemuanya diadun dalam nada bersahaja namn isinya tetap tajam dan mantap!



Walaupun syu tak kahwin lagi,... apasalahnya membaca tul tak?....So check this out....



Friday, June 12, 2009

Aku terima nikahNYA


JUDUL BUKU: AKU TERIMA NIKAHNYA
PENULIS: Hasrizal Abdul Jamil (www.saifulislam.com)
ISBN: 978-983-097-189-6


1. Marriage — Religious aspects — Islam

2. Family — Religious aspects — Islam

3. Domestic relations


PENERBIT:

Galeri Ilmu Sdn. Bhd.161-A, Jalan Aminuddin Baki,

Taman Tun Dr. Ismail,60000 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-77260772 Faks: 03-77271796




jeng..jeng..jeng... wa buku ni aku terima nikah...cam menarik je... terkejut korang...semua member tanya syu dah jumpa calon eik... dah nak kawen eik... banyak la korang..... cakap buku nikah je nak kawen... heheheh calon pun takda.. belum sampai lagi la...

ok back to book!!!!!!
so buku bagi syu memang sesuai untuk orang yang bakal ada bf/gf, yang akan kahwen atau pun dah kawen...

bagaimana penulis ini mengupas isu-isu dan bagaimana bercinta berlandaskan islam... bukan cinta semata-mata tapi ada juga bab lainlain mengenai kehidupan...
penulis ini menulis kisah beliau bercinta dan bertunang tanpa mengenali rupa paras isterinya.....

dan sebagainya..... kepada peminat buku boleh la melayari http://www.goodreads.com/ untuk join club buku... bersama-sama bertukar pendapat mengenai buku..


credit : http://saifulislam.com/

Monday, June 8, 2009

Latest Book..

RINDU BAU POHON TIN
Hasrizal Abdul Jamil
Kategori Travelog Tarbiah
ISBN: 978-983-097-229-9
Tebal: 180 ms
Harga: RM18

Merupakan catatan kembara penulis di bumi Jordan. Penulis merakamkan pelbagai iktibar kehidupan, berkongsi cerita, memberi ‘rasa’ dalam tawa dan air mata. Jauh dari kampung halaman, kelananya sering dilanda payah dan derita. Namun kenangan yang menjenguk selepas perjalanan masa, rindu pula bertamu di jiwa. Nostalgia itulah yang memperkenalkan erti kehidupan, ukhwah dan kasih sayang.

Sesekali pembaca mungkin akan terbawa-bawa suasana yang disampaikan penulis bagaikan sebuah realiti di depan mata. Itulah musafir kelana. Senaskhah travelog yang mengajak kita mencari diri dalam kembara memburu cinta Ilahi!

SYUHADAH : waaaaaaaaaaaa 1 minggu 1 buku nie... abis gak duit den tapi minat punya pasal.. insyaallah agar diberkati hendaknya... amin...
Alhamdullilah dapat juga syu abiskan bacaan buku ini, tau mengenai buku ini dari Bos Mrs Sham and tau mengenai author dia dari Pakcik Joy.. thanks a lot... Bagus juga buku ini cuba ada juga bahasa dan ayat2 yang digunakan sukar difahami kerana menggunakan bahasa arab... but ok and interesting terutama sekali ketika kawan-kawan dia meninggal kerana kemalangan... agak tersentuh,,,,.... so my next book adalah dari author yang sama tajuk dia aku terima ...... harap kengkawan leh baca juga buku nie.....
ops... plz visit to my blog http://rauna83.blogspot.com/

Friday, May 29, 2009

Membaca Jambatan Ilmu....


Judul: Ensiklopedia Fikah Sunnah Wanita
Penulis: Syeikh Ahmad Jad
Penerbit: Al-Hidayah Publications (2009)
Harga: RM50 (Sabah & Sarawak RM55)
Halaman: 466

PADAT dengan hukum fiqah merangkumi bab bersuci, solat, puasa, zakat, haji, perkahwinan, harta warisan dan seumpamanya.Setiap perbahasan disokong dalil daripada al-Quran dan sunnah serta banyak dikaitkan dengan hal yang khusus bagi wanita.Kandungannya sesuai dengan tuntutan dan keperluan zaman sekarang, menghindari perkara khilafiah (perbezaan pendapat) dan masalah fiqah yang sudah difahami sebahagian besar orang terpelajar bahkan susah difahami wanita secara umum.Karya ini mudah difahami kerana sistemetik dan jauh daripada khilafiah yang membingungkan.


Ini buku yang 2nd latest syu tengah baca.... syu bukan la pandai sangat bab agama ni... sebab tak pandai la kena baca...hehe... orang kata duiniawi... duniawi juga yang akhirat itu hakiki.... buku nie Ensiklopedia so banyak la fakta yang syu tak tahu dan dalam tanda tanya terungkai didalam buku ini ..insyallah... so boleh la dikongsi bersama...

after this syu view buku lain plak ok....


p/s: sharing is caring.... pakcik joy jangan mare....

credit : fact of book info by harian Metro...

Prof Kamil...Selamat Menunaikan Umrah...

as salam..


selamat pagi malaysia... selamat pagi sahabat-sahabat ku...

hari ini prof kegemaran aku, walaupun dia tak pernah ajar aku but aku still respect dia as prof... dia adalah prof kamil dari uitm johor.. mungkin stduent uitm johor and shah alam mungkin mengenali beliau... beliau bukan sahaja seorang prof tetapi seorang pengarang buku... arinieb eliau akan pergi menunaikan umrah... alhamdulillah... pada mulanya aku tak kenal sangat dengan beliau sampai lah pada suatu hari boss aku berbual dengan aku mengenai buku hasil penulisan beliau... semenjak itu aku mula mencari buku semua penulisan beliau untuk dijadikan koleksi aku... buku beliau travelog haji & travelog dakwah banyak mengajar aku tentang hidup... buku beliau menceritakan tentang perjalanan dan pengalaman beliau pergi menunaikan fardhu haji, bagaimana jahilnya beliau sampai tidak tahu alif, ba , ta... dan membaca quran dan bagaimana beliau mengubah cara hidup dan kerja beliau kepada landasan islam setelah kembali menunaikan haji... bagaimana beliau dijadikan insan yang sungguh istimewa ketika ditanah suci dan bagaimana doa seorang yang jujur dan ikhlas dimakbulkan.......
masyallah... aku baca buku beliau sampai menitis air mata aku... tersentuh sungguh hati aku bila membacanya... baru2 nie aku beli vcd beliau secara onilne direct kepada beliau... aku tgk vcd tu pun mengalir juga air mata aku...

so prof saya doakan prof dan keluarga dilindungi oleh allah s.w.t dan diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan umrah dan diberkati oleh allah s.w.t...

selamat jalan selamat pergi dan selamat kembali... setelah kembali saya harap proff boleh menulis pengalaman prof pergi umrah pula untuk dikongsi bersama..... amin... so kepada kengkawan semua syu harap korang boleh la beli buku ini... dan kita berkongsi dan renung-renungkan bersama....