Showing posts with label Share. Show all posts
Showing posts with label Share. Show all posts

Thursday, June 24, 2010

Blog GempaQ



Salam 1 malaysia...

just nak share... waktu syu berjalan2 di laman sesawang... terjumpa 1 komuniti yg syokkkkkkkkk abis.... korang leh buh n park korangnye blog kat sini... leh chat & bergaul mesraaaaa dengan kengkawan tuan punya blog yang lain... knowledge sharing gitu....

secara tak langsung kornag leh dapat kawan baru and promote korangnye blog... so per lagi,.... visit this blog.. http://blog-gempaq.blogspot.com/

dah lepak2 tu jangan lak lupa blog syu... datang la gak.. jenguk2 sikit ok... sign guest book bagi komennnnnnnnnnnnnn sikit.....

k lah...



Love,









Monday, June 21, 2010

Please Try IT

To my 'selected' strange-minded friends:

If you can read the following paragraph, forward it on to your friends and the person that sent it to you with 'yes' in the subject line.



Only great minds can read this
This is weird, but interesting!

If you can raed this, you have a sgtrane mnid too

Can you raed this? Olny 55 plepoe out of 100 can.

I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in what oerdr the ltteres in a word are, the olny iproamtnt tihng is that the frsit and last ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can still raed it whotuit a pboerlm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the word as a wlohe. Azanmig huh? Yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! If you can raed this forwrad it
Cool huh... so amazing..




Love,


Wednesday, December 2, 2009

CELEBRATE MY BDAY


KUA..KUA..

Bday syu with aine n kumary...... Sambutan 3 serentak..... Kat oFis...

Terima Kasih kengkawan susah2 aje buat jamuan.... makan2.... hadiah lagi...

Bos sporting sesangat...


next bday?.... Boss nye birthday......













Tuesday, December 1, 2009

CIRI-CIRI BULAN NOVEMBER

Mengikut kajian Dr Fadzilah Kamsah...


NOVEMBER

- banyak idea dalam kepala
- sukar untuk dimengerti atau difahami sikapnya
- berfikiran terkehadapan
- berfikiran unik dan bijak
- penuh dengan idea-idea baru dan luar biasa
- pemikiran yang tajam
- daya firasat yang sangat halus dan tinggi
- bagus untuk jadi doktor dan kerjaya yang hampir menyamai
- cermat dan teliti
- personaliti yang dinamik
- sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
- banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
- berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran
- terlalu degil dan keras hati
- apabila hendak diusahakannya sampai berjaya
- tidak suka marah kecuali dikacau dan digugat
- mudah ambil berat tentang orang lain
- pandai muhasabah diri
- cara berfikir lain daripada orang lain
- otaknya sangat tajam
- pandai mendorong diri sendiri
- tidak hargai puji-pujian
- kuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi
- apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
- badan yang tough
- kasih sayang dan disayangi sangat mendalam
- romantik
- yakin dengan hubungan kasih sayang
- suka duduk di rumah
- sangat rajin berkemampuan yang tinggi
- amanah, jujur dan setia dan pandai berahsia
- tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
- bercita-cita tinggi

Tuesday, November 24, 2009

Fakta atau Auta.... : KARAOKE



Karaoke (カラオケ, Karaoke? dari bahasa Jepun kara, "kosong", dan ōkesutora, "orkestra") (sebutan: IPA: /kɛɹiˈoʊki/, /kæɹiˈoʊki/, atau /kəˈroʊki/; dalam bahasa Jepun /karaoke/; listen (bantuan·maklumat)) ialah sejenis hiburan yang membolehkan seorang individu atau kumpulan menyanyikan lagu terpilih, di khalayak tertentu, dengan iringan muzik yang sedia terakam dalam alat audio visual.

Lagunya biasanya sebuah lagu
pop terkenal, di mana suara penyanyi asalnya dapat dipadamkan atau dikecilkan. Lirik-liriknya biasanya dipamerkan di skrin video, diikuti sebuah simbol atau sejenis warna yang akan berubah, untuk memandu penyanyinya.

note: Persoalannye adakah kita tidak dibenarkan pergi ke karaoke... Adakah salah kalau seseorang individu pergi ke karaoke... adakah kita menyanyi karaoke akan dituduh sebagai insan yang sosial, insan yang liar dan di pandang serong?....

so fikir-fikirkanlah......




sUMBER : wIKIPEDIA

Friday, November 20, 2009

7 Tips mudah untuk CERIA


Setiap manusia tidak dilahirkan untuk berdukacita, sengsara dan derita. kebahagiaan sebenarnya milik kita semua. Dan bagaimana kita menterjemahkan kebahagiaan adalah mengikut pilihan yang kita setkan dalam minda. Atau pepatah dalam bahasa Inggeris berbunyi "You are not born happy and you are not born sad. Happiness is a choice and a state of mind".Anda berhak untuk memilih untuk bersedih atau bergembira. Di sini saya akan memberikan 8 tip yang simple supaya anda lebih menghargai kehidupan anda dan menjalani hidup dengan gembira.



1. Hidup bukan sempurna

Kita semua tahu bahawa kehidupan kita bukan selalunya gembira sentiasa, ada kalanya ia membuatkan kita sedih, kecewa dan hampa. Apa yang perlu anda lakukan adalah menerima semuanya dari sudut positif. Simpan dalam minda anda bahawa sesuatu yang pahit itu ada penawarnya, percaya bahawa ada manusia lain di luar sana yang lebih 100 kali menderita daripada kita.

2. Jangan Berdendam

Dendam adalah penyebab utama yang menghalang anda untuk hidup gembira. Tidak kira dengan siapa anda berdendam anda perlu membuangnya. Kebanyakkan daripada kita meletakkan peristiwa pahit yang kita alami disebabkan orang kedua dan sering menyalahkan orang lain yang menyebabkan anda tidak bahagia. Menjadi pendendam menyebabkan anda kehilangan tenaga positif dan memudahkan orang lain mengunakan kelemahan ini untuk menjatuhkan anda.

3. Mencintai dan menghargai

Luahkan perasaan cinta, menghargai persahabatan, menceriakan dan menghangatkan suasana dalam hubungan sesama manusia. Ringankan lidah anda untuk mengucapkan kata-kata penghargaan dan pujian kepada setiap orang disekeliling anda. Dengan bertindak sedemikian, anda akan memperolehi respon yang positif daripada setiap orang yang pernah anda hargai dan puji sebagai balasan.

4. Bekerja dengan gembira.

Anda menghabiskan banyak masa untuk bekerja, oleh itu pastikan anda melakukan sesuatu yang anda gembira lakukannya. Jika anda tidak gembira dengan kerja anda sekarang, kehidupan anda pasti sengsara. Jika kerja tersebut bukan dalam bidang kerjaya yang anda minati, buat satu perancangan yang perlu supaya anda dapat menikmati kerja yang mengembirakan.

5. Jaga Kesihatan

Jika anda inginkan kebahagiaan maka anda perlu menghargai diri sendiri. Kesihatan diri adalah senjata kepada kesihatan mental. Pastikan anda sentiasa berada pada mengamalkan makanan seimbang dan melakukan senaman. Dengan demikian anda akan dapat merasakan satu kekuatan yang penuh dengan tenaga dan semangat untuk menjalani kehidupan dengan lebih gembira.

6. Buat perkara yang anda benar-benar ingin lakukan.

Kita tidak dapat buat semua perkara yang kita inginkan namun kita boleh melakukan sekurang-kurangnya beberapa perkara yang kita inginkan dalam hidup. Lakukan sesuatu yang anda benar-benar ingin lakukan dan berusaha mencapainya agar anda memperolehi kepuasan dan merasai kejayaannya.

7. Rancang hidup dengan baik

Mereka yang mempunyai perancangan dan objektif dalam hidup lebih bahagia daripada mereka yang tidak mempunyai perancangan hidup. Mudah sahaja kerana jawapannya, mereka ini lebih menghargai setiap masa yang mereka gunakan untuk mencapai setiap matlamat yang mereka rancang.


Credit : http://kedaikopi2020.blogspot.com/

Wednesday, November 11, 2009

WEDDING OF THE YEAR....

Assalam... ketemu lagi tapi kali nie exclusive dari wedding of the year... Ye ke nie.... tak pe asalkan bahagia... siapa nye wedding nie?..... adalah.... biarlah rahsia...

Syu doakan semoga mempelai ini dirahmati allah swt dan berbahagia hingga ke akhir hayat... amin...............


So check this out !!!!!



















p/s : Gambar ni hak exclusive dan hak milik saya... AMARAN KERAS......Sebarang pencetakan semula, pengambilan gambar secara sengaja atau tidak sengaja dilarang sama sekali...... Gambar ini untuk tujuan perkongsian diantara sahabat handai sahaja....


Sebarang persoalan sila email kepada saya....

Wednesday, November 4, 2009

TODAY'S QUOTE


Kelip-Kelip Disangka Api,

Kalau Api Mana Puntungnya

Hilang Ghaib Disangka Mati,

Kalau Mati Mana Kuburnya.




CREDIT : IMRAN AJMAIN SONG

Tuesday, October 27, 2009

SEKADAR RENUNGAN UNTUK DIKONGSI BERSAMA

Sekadar renungan.... ........

Buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? ""Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?" "Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?"

Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? ""Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?""Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?" "Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?""Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi
"Adik bersekolah dimana?""Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..
". "Bapak kerja apa?""Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan.

Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan.. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.

Bila sajaaku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraansambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".

Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.

Seminggu kemudian aku datang lagi kerumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku dipintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.

Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan suptulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.
Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.

"Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?""Cuma RM3.00 sehari."

"Ayahnya bekerja macam mana" "Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..

Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?

Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah,masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.


CRDIT : Foward email by ANITA from Taman2 Syurga

Monday, October 19, 2009

JANGANLAH BERSEDIH....

Janganlah bersedih, kerana kesedihan tidak akan mendatangkan sebarang faedah apapun pada dirimu.

Janganlah bersedih, kerana kesedihan tidak akan meringankan bebanan kamu.

Janganlah bersedih, kerana kesedihan tidak akan mendatangkan kejayaan.

Janganlah bersedih, kerana kesedihan tidak akan mampu mengembalikan keagungan.

Janganlah bersedih, kerana kesedihan tidak akan mengembalikan sesuatu yang sudah tiada.

Janganlah bersedih, kerana kesedihan hanya akan menambahkan kekesalan pada dirimu.

Berusahalah untuk sentiasa optimis, kerana ada keringanan sesudah kesedihan.


CREDIT : JANGAN BERSEDIH : KEBAHAGIAAN PASTI BERSAMA MU (BUKU) BY MADAR AL-WATHAN PUB : AL-HIDAYAH

Tuesday, October 13, 2009

RAYA LAGI.... RAYA LAGI....











Advertisement







with Me








with Fazli Zainal





with Jaafar Onn





with Hot Mom



































Wednesday, October 7, 2009

REALLY A GOOD ONE... One Moment listen please


The Moment you are in Tension

You will lose your Attention

Then you are in total Confusion

And you will feel Irritation

Then you will spoil personal Relation

Ultimately, you won't get Co - Operation

Then you will make things Complication

Then your blood pressure may raise Caution

And you may have to take Medication

Instead, understand the Situation

And try to think about the Solution

Many problems will be solved by Discussion

This will work out better in your Profession

Don't think it's my free Suggestion

It's only for your Prevention

If you understand my Intention

You will never come again to Tension


~BILL GATES~


CREDIT : TAMAN2 SYURGA

Tuesday, October 6, 2009

Tips Stress

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".

Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kitaperlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas.


Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayannya.

p/s Fikir-fikirkan lah


Credit : Halaqah.net

Kata-kata Hikmah, Penawar bagi Hati


Moga Dapat direnungkan bersama kata-kata di bawah..

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

CREDIT : Taman2 Syurga

Tuesday, September 29, 2009

Cuba Teka !!!!!


Cuba teka gambar apa ini?........
Emmm betul la tu... Pandai pUn....

Picture Raya.......













Tuesday, September 15, 2009

QUOTE

"Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang,
sejam untuk menyukai seseorang,
sehari untuk mencintai seseorang
tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai.

Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan
sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa.
Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat,
kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu.

CREDIT : ARIFJE BLOG

Monday, August 10, 2009

Doa..



Ya Allah..

Seandainya telah Engkau catatkan..

Dia milikku tercipta buatku..

Satukanlah hatinya dengan hatiku..

Titipkanlah kebahagiaan antara kami..

Agar kemesraan itu abadi.. Ya Allah...



Ya Tuhanku..yang Maha Mengasihi...

Seiringkanlah kami melayari hidup..ini..

Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...

Seandainya telah Engkau takdirkan..

Dia bukan milikku...

Bawalah die jauh dr pandanganku...

Luputkanlah dia dr ingatanku...

Dan peliharalah aku dr kekecewaan...



Ya Allah..ya Tuhanku yang Maha Mengerti...

Berikanlah aku kekuatan..

Menolak bayangannya jauh kedada langit..

Hilang bersama senja yang merah...

Agarku sentiasa tenang...

Walaupun tanpa bersama dengannya....



Ya Allah yang tercinta...

Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..

Adalah yang terbaik untukku..

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...

Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...



Ya Allah..

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku..

Di dunia dan akhirat...

Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini...

Janganlah engkau biarkan aku sendirian...

Didunia ini mahupun akhirat..

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan... dan kemungkaran...

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...

Agar aku dan dia sama sama dapat... membina kesejahteraan hidup...

Kejalan yang Engkau redhai...

Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...



Ya Allah..

Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..

Dan peliharalah kami dr azab api neraka...

Amin...amin ..Ya rabbal'aalamin...





Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkn petir dan kilat.

Kita tertanya-tanya kemana hilangnya matahari.. rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi..




Friday, June 19, 2009

Who's That




CREDIT : MagMyPic.com

Thursday, June 18, 2009

Bulan Rejab

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab.. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia
mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :
"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :
"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."
CREDIT : Foward email ANITA