Thursday, October 1, 2009

Hari raya story....





as salam.....

salam lebaran kembali jua....

emm pe cite raya kengkawan ku..... sonyap je... pakcik joe pun sonyap..... ko banyak makan lemang eik....

aku nye raya ok je..... happening biasa la balik kg... 1st raya g umah opah aku.... tak sampai 3 minit dari umah aku dah sampai.....
dari pagi sampai potang tak putus-putus layan tetapi.... tima tu rasanya pakai baju raya pun xde makna.... kena sinsing tangan juga...... baik pakai t-shirt je... jadi orang dapur basuh pinggan dan sewaktu dengannya.... tapi bukan aku sorang la... kakak ipar aku pun ada.....

past tu raya ke-4 aku buat half open house..... kui..kui.... ni open house yang x terancang..... my bro la nie..... nak buat gak.... takpe la... aku pun join the club la.... wat apo yang patut....
menu utama..... laksa resepi ibunda ku yang tercinta........... aku tolong g pasar n wat pe yg patut je.....

perghhhhhhh lama x makan laksa mak aku... aku kira2 lepas ayah aku meninggal ada la dalam 2 kali je mak aku buat..... (coz arwah ayah aku suka makan laksa)....
laksa complete dengan otak udang tu... sapa resdung tu comporm dah x ingat resdung punya sedpnya.....

lupa plak aku nak snap gambar laksa tu.... lain2 kali aku snap picture.....

kuih raya umah aku...ada yg dah abis... raya kali nie best la gak aku cuti lama tu... aku balik awal ke kg and balik lambt plak ke pej... kua..kua.... takut jam punya pasal.....

lupa plak...

masa raya hari tu,m member pej aku.... si yop tu kahwen.. ko ni yop orang nak raya ko sebuk nak kawen...
kua..kua...

pe-pe pun aku wish kat ko.... selamat pengantin baru, dan selamat menempuh alam rumah tangga...
so after this ko dah banyak tanggung jawap.... jangan nak main2 lagi eik.....

sory coz kitaorang tak dapat g wedding ko...... budget lari.... pe2 pun kita ornag tetap bagi adiah kat ko.....


SELAMAT PENGANTIN BARU

SHAHRUL AZMAN & ZALINA

Tuesday, September 29, 2009

Cuba Teka !!!!!


Cuba teka gambar apa ini?........
Emmm betul la tu... Pandai pUn....

Picture Raya.......













Wednesday, September 16, 2009

SALAM LEBARAN

SALAM LEBARAN

Syu coret lagi ... asyik ambik ayat orang je....
Raya tiba lagi.. kejap je masa berlalu pejam celik pejam celik dah nak raya.....
Raya tahun nie seperti tahun - tahun lepas (3 tahun lepas) beraya tanpa ayahanda tercinta....
Terasa macam baru je lagi dah 3 tahun rupanya kami beraya tanpa ayahanda tercinta.....
Sedih dan syahdu sungguh bila dengar lagu raya....
Aku tak dapat mencium tangan ayahku lagi...Kalau dulu tu malam raya sebelum aku tidor aku dah siap berangan lagi...apa eik nak cakap kat abah... nak salam minta ampun camne eik... siap buat skrip lagi.... tapi as usual buat skrip pun mesti lari dari skrip bila bersalaman... yang pasti time tu la aku dapat melihat air mata ayah aku gugur ketika bersalaman dengan kami adik - beradik..... bukan senang nak tengok abah nangis.....

Ya allah ya tuhan ku... berikan kekuatan kepada ku... kepada ibu ku untuk mengharungi hidup ini tanpa abah disisku...... berikan aku ketabahan dalam diriku ini....

so 1st raya selalu aku g umah opah aku.... sehari suntuk disana.... umah opah aku dekat je 5 minit jalan kaki 3 minit naik kete 2 minit naik motor.....
selalu umah kitaorg close house kecuali ada special request dari sedara mara yang call cakap nak datang umah.......

selalunya calling yang dinantikan adalah dari my fav sepupu sapa lagi ppuan yang cun comel gitu... ani, anum & family.....
kak ani as usual kalau datang umah, kitaorang hidang KFC eik..... tu sampingan je... tapi disebabkan ko diet kak... ko tengok je eik kita orang makan......

mesti tahun nie banyak baju ko belikan kak..... heheheh cayok, syu sokong ko dari belakang.....
tak sabar nak rasa masakan ko yang sedap tu masakan jawa apa eik nama dia... ala lontong tu apa eik nama dia aku agak namadia lodehkan?....lodeh jawa........nama dia..... nanti ko bagi tau aku k....

Tak sabar mau balik raya........... nak main dengan anak-nak buah aku yang comel tu......
Acu sengkek nie.....

So next story............ Tunggu syu balik raya kita sambung cite.....
Ape2 pun syu...

SYU TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF terutama kepada keluarga syu, ibunda, kekanda-kekandaku, sesara -mara sepupu-sepupuku, sahabat handai terutama Pakcik JOE... jika syu ada berbuat salah dan silap, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan. Semoga hari lebaran yang bakal tiba ini memberi kita seribu erti dan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

'Selamat Menyambut Hari raya Aidilfitri'.

Tuesday, September 15, 2009

QUOTE

"Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang,
sejam untuk menyukai seseorang,
sehari untuk mencintai seseorang
tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai.

Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan
sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa.
Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat,
kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu.

CREDIT : ARIFJE BLOG

Monday, September 14, 2009

Lailatul Qadar

Satu riwayat mengatakan bahawa apabila berlaku malam Lailatul Qadar Allah akan mengutuskan 70 ribu para malaikat bersama2 Jibril a.s turun ke bumi. Masing2 membawa 4 bendera cahaya untuk dipacakkan di 4 tempat :

1- Di Kaabah
2- Di Makam Rasulullah (Masjid Nabawi)
3- Di Bukit Tur Sina (Mesir)
4- Di Masjid Al-Aqsa.

Kemudian semua para Malaikat akan memasuki rumah2 orang Islam di atas muka bumi ini, kecuali rumah yang ada 4 perkara di dalamnya :

1. Rumah yang ada arak di dalamnya.
2. Rumah yang ada maksiat di dalamnya.
3. Rumah yang ada patung di dalamnya.
4. Rumah yang ada anjing padanya.

Apabila para Malaikat memasuki rumah2 orang Islam bila di dapati manusia itu tidur maka malaikat akan keluar dengan keadaan kesal dan berkata "ruginya manusia ini". Manakala rumah yang dimasuki ini didapati ada orang yang sedang beribadah maka dia akan memohonkan keampunan baginya dan rahmat.

Mengikut pendapat Imam An-Nasai bahawa pada malam Lailatul Qadar adalah malam yang ditentukan segala perkara termasuklah Jodoh, Ajal dan Rezeki.

Jodoh - bermakna Allah akan memasukkan namanya ke dalam senarai orang yang akan berkahwin pada tahun akan datangnya. Barang siapa berdoa untuk bertemu jodoh akan dipertemukan oleh Allah dalam masa yang terdekat.

Ajal - Allah telah memilih orang yang akan dimatikan pada tahun akan datangnya dan barang siapa yang berdoa untuk panjang umur pada malam tersebut Allah akan mengeluarkan namanya untuk dimatikan pada tahun itu.

Rezeki - Barang siapa yang berdoa untuk diluaskan rezeki akan dikabulkan untuk mendapat keluasan rezeki pada tahun itu.

Pendapat Imam An-Nasai itu berpandukan dalil Al-Quran ayat ke-4 surah Ad-Dukhan yang bermaksud "Pada malam itu ditentukan segala urusan (makhluk) dengan penuh hikmah"

Oleh itu kejar wahai manusia terutama yang berhajat moga2 Allah menerima usahamu dengan menganugerahkan malam yang penuh keberkatan itu.




Al-Faqir ila Allah

Al-Jauhari
12.42 am
Subang Jaya.


CREDIT : http://www.albairaha.blogspot.com/


Get more Eid:Click here

Thursday, September 10, 2009

Al-Hadith : Antara Lima Kelebihan Ramadhan

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda,

"Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan kepadamana-mana umat pun sebelum mereka.

"1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada baukasturi.

2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban danmereka akan datang kepadamu."

4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.

5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?"

Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."

(Riwayat Imam Ahmad)

CREDIT :Foward Email ANITA & Taman2 Syurga

Friday, August 28, 2009

Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:

Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:

Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.

Pesanan:
Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:
(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.

Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.
Cara berpuasa yang tidak berkesan:
(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.
(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
(vi) Tidur selepas kenyang makan

Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:
(i) Kopi dan teh.
(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
(v) Merokok

Fasa-fasa puasa yang berjaya:

Fasa pertama(2-3 hari):
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah

Fasa kedua (3-14 hari):
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.

Fasa ketiga (14-akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.


Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:

(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)
(ii) Makan kerap
(iii) Kuih-muih yang payah dihadam
(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan
Manfaat puasa yang berkekalan:
(i) Kurang makan kerana perut dah kecut
(ii) Kesihatan bertambah baik

Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."

CREDIT : Foward email ANITA From Taman2 Syurga

Monday, August 24, 2009

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN.... INSYALLAH..


4.00 pagi Bangun

Berdoa kepad ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi
Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepasAl-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih,agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi
Makan Sahur - Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.28 pagi
Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi
Membuat persiapan ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAHagar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun.
Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkanrasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi
Sembahyang Sunat Dhuha.
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrimmengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh
Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg
Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg
Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg
Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk waktu magrib. Bacalah doa dan berbuka :Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm
Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih. Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar.
Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm
Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhanyg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.
Bacalah doa sebelum tidur :Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Diposkan oleh Tazkirah
CREDIT : Foward email by ANITA