Wednesday, November 4, 2009

TODAY'S QUOTE


Kelip-Kelip Disangka Api,

Kalau Api Mana Puntungnya

Hilang Ghaib Disangka Mati,

Kalau Mati Mana Kuburnya.




CREDIT : IMRAN AJMAIN SONG

Tuesday, November 3, 2009

KAMPAR OH!!! KAMPAR


ASSALAM...

emm sejak akhir-akhir nie kampar famous pulak..... tapi bukan famous sesuatu yang membangakan tapi sesuatu yang menyayat hati.... lepas kes jambatan di kuala dipang walaupun hakikatnya kuala dipang tu jauh sikit dari kampar tapi dah nama sekawasan so orang pun cakap la kuala dipang kampar.....

Kes terbaru pula terjadi dekat kg batu berangkai hanyut dibawah arus di air terjun batu berangkai.... kesian dan sedih... tapi kenapa musim hujan-hujan ni nak mandi dekat air terjun tu.... dah ajal katakan... kita tak mengetahuinya.... ajal tak kira tempat...

Tak silap syu... syu pernah g sekali je air terjun tu tapi sungai dia selalu gak g waktu zaman kegemilangan dolu2.... best sangat tapi air kat situ jernih dan memang deras.... kami pun waktu tu risau juga.... takut air deras.....

Kat sini ada picures gambar air terjun tu....



So welcome to

AIR TERJUN BATU BERANGKAI , KAMPAR











CREDIT PICTURES :

1. http://evydyana-poohtigger.blogspot.com/2008_06_01_archive.html

2. http://dkraszbatu.blogspot.com/2008/11/air-terjun-batu-berangkai.html

3. http://pdtkampar.perak.gov.my/images/pelancongan/06120431-759.jpg

Monday, November 2, 2009

Amalan Minum Rasullullah


Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk.Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.



Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:


1.Menghilangkan balqham (kahak/lendir)


2.Mencuci perut


3.Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar


4.Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu


5.Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.



Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.


Minuman Manis dan Sejuk


Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa:


" Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"


Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).


Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut


" Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebihbesar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"


Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan


Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badanRingkasan adab minum


1.Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan


2.Bacalah " Bismillah"


3.Minum dengan tiga nafas


4.Minum dalam keadaan duduk


5.Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.


6.Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah


7.Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri


8.Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain


9.Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit


10.Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat. Jazakallah hu khairan kathiraa



CREDIT : Foward Email by Siti Ella.


Wednesday, October 28, 2009

QUOTE

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat....

kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..

Rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

Tuesday, October 27, 2009

N SYNCS : "For The Girl Who Has Everything"





You drive a pretty car - you know how fine you are
And nobody needs to say it.. no way..
They love the clothes you wear - they compliment you and I
Just love the way you play it...

But the only thing you dream of - money can't buy for you..
Ohh..
And in my dreams I make your wish come true

For the girl who has everything
I bring you love
I bring you love
Cause the girl who has everything can't get enough
Of my love

Why do you run and hide? - Say what you feel inside
Why must you always fake it?
Girl you need to understand
Your heart is safe within my hands and
I promise I'll never break it...ohh..

I know that you still dream of what money can't buy for you
And in my dreams I'll make your wish come true

For the girl who has everything
I bring you love
I bring you love
Cause the girl who has everything can't get enough
Of my love
If you just let me try - my baby listen
I'll help you find what you've been missing
You gotta listen to your heart and not your mind

SEKADAR RENUNGAN UNTUK DIKONGSI BERSAMA

Sekadar renungan.... ........

Buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? ""Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?" "Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?"

Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? ""Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?""Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?" "Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?""Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi
"Adik bersekolah dimana?""Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..
". "Bapak kerja apa?""Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan.

Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan.. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.

Bila sajaaku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraansambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".

Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.

Seminggu kemudian aku datang lagi kerumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku dipintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.

Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan suptulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.
Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.

"Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?""Cuma RM3.00 sehari."

"Ayahnya bekerja macam mana" "Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..

Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?

Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah,masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.


CRDIT : Foward email by ANITA from Taman2 Syurga

Emm BLUES TUESDAY...

Bosan ... Pagi nie rush sungguh.... Kelar awal tapi ada family matters jap so setelkan hal tu dulu.... Lepas tu terus shoot g ofis seberapa pantas......

Ya allah nasib x accident tadi..... leh kawal kereta kalau tak..... cuak gak la... insyallah under control...



Ini pasal nak rush sangat and fikiran lak serabut fikir macam2.....

Nasib menyebelahi syu.... amin.......





Monday, October 26, 2009

PENAT....PENAT...PENAT...

Penat sangat.... Aku penat sangat memikirkannya...
Memikirkan masalah yang hujungnye tidak ku ketahui jawapanya....
Lagi ku fikirkan masalah ini semakin ianya menguji ketabahan ku..
Umpama makin ku kejar semakin ianya jauh pergi dari ku...
Semakin ku kejar semakin jauh ianya hilang dari ku...
Penat difikirkan penat akan segala-gala yang termaktub buat ku....
Aku terima dengan redha.......................

Friday, October 23, 2009

Bukan Diriku


Artis: Samsons
Tajuk : Bukan Diriku

Setelah kupahami
Ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu
Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku

Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu
Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas
Tuk mengerti kamu

Thursday, October 22, 2009

Mirwana - Aku Tanpa Cinta-Mu

Artist : Miwarna
Lirik Lagu : Mirwana - Aku Tanpa Cinta-Mu

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kaliKu ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwakuAgarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasih Mu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih