Thursday, September 11, 2008

24 creative advertisements

Creative sungguh la iklan nie...
Percaya tak..??? emmmmmm









Tukar Image..

share lagi..



syu terjumpa satu website yang boleh ubah image kita kepada zaman dolu2... so kengkawan try la eik...



ni contohnye.... cewah... rasa cam zaman mak la plak...





cuba try test sikit.... http://www.yearbookyourself.com/

Bingka Roti..

Cuba Try Test


Bahan2:
10 keping roti
susu / santan (akak pakai susu full cream)
2 bijik telur .. kita guna kuning telur shj .. nk kurangkan bau telur (hahhaha...seimbangkan sukatan ikut suka rasa yer )
2 sudu tepung kastard
2 sudu butter (cairkan)
gula secukup rasa
sedikit esen vanilla
sedikit kismis (nie kita sajer tambah sendirik)


Cara2 nye:
carik-carikkan roti tu...kulit jgn buang. ni nak kasi puding tu ada kaler2 coklat sket
masukkan susu dlm roti. agak2 kasi sampai roti tu lembab secukupnya dah la. jgn byk sgt nanti puding lembik


masukkan telur, butter, esen vanilla, tepung kastard, gula secukup rasa & kismis. (kak jah nie dia ske manis2 buah sajork)

kacau2 sampai sebati ..oh ya sapukan keliling kt bhg dalam loyang dgn butter utk mengelakkan adunan bingka melekat plk nanti ..

bakar atas api kecik selama 40 min. kalu guna oven kena pandai2 ejas okeh!


Untuk Gravy :-
susu + tepung kastard 1 sudu + gula + sedikit esen vanilla + garam yg sangattttttlah sedikit okeh! (nak kasik lemak je) dan panaskan atas api sederhana sampai pekat.


Terima Kasih http://nuruldiana008kitchen.blogspot.com

Juadah Berbuka Puasa.




Baru kul 11.00 pagi... dah pk juadah buka... almaklum la duk bujang ni beli luar le...
korang pernah dengar tak makan nama nasi ambang... mesti sure punya... famous dikalangan orang jawa..
syu tak pernah la plak rasa nasi ni... coz tak silap la makanan ni dimakan dalam 1 talam dikongsi seramai 3-5 orang.... Sapa yang tak kisah tu boleh la try makan ramai2... Yang kisah tu... agak sukar la juga... MOtif makan reramai ni nak eratkan silaturahim... Jangan sampai bergaduh berebut ayam sudah... hehehe

Dalam satu talam , ada nasi putih, ikan masin, kacang tanah goreng, serunding kelapa, ayam goreng setengah ekor atau ayam masak kicap dan satu jenis sayur. Kadang2 diselitkan juga mee atau bihun....

Ni resepi nasi ambang syu ambik dari blog

Nasi putihAyam masak kicap (selalu nya 1/4 setiap hidang)
Sambal goreng (sayur campur orang jawa)
Serunding kelapa
Mee Hoon goreng
Ikan kering bulu ayam digoreng (ikan yang kecil2 bila digoreng rangup)
Ulam timun
Rempeyek kacang tanah atau apa2 keropok
Tempe goreng
Optional

Cara Hidang
1- Nasi putih diisi ke dalam dulang besar.
2- Letak ayam ditengah2 kemudian bahan2 lain dikelilingnya.
Kadang2 tuan rumah sudah memberi sukatan iaitu kalau hidangan untuk 4 orang, bahan tersebut diletak secara berselang-seli samada 2 bahagian atau 4 bahagian. Kalau diletak satu bahagian setiap satu pun tidak mengapa.
3- Selalunya ade seorang menjadi wakil setiap hidang untuk membahagikan hidangan tersebut sama rata.






Sumber Gambar diperolehi daripada http://www.flickr.com/photos/umami88/53046353/
dan juga http://www.flickr.com/photos/66376012@N00/35010260/

Wednesday, September 10, 2008

Salam

Emmm ramadhan nak masuk 2 minggu..

aku pulak menghitung hari untuk cuti..... dan lepas raya mula pula tugas baru... tugas yang aku rasa mungkin mencabar buat aku... sesuatu yang baru.... tukar keje........

harap2 aku dapat laksanakan tugas yang diberi itu dengan penuh tanggungjawap.... dan tidak menghampakan mana2 pihak... kua..kua..kua..

Saturday, September 6, 2008

Share lagi...

Hai girls..

SOGO tengah sale ni.... member cakap best la juga...

so apa lagi all girls out there yang agak-agak duit banyak baki lagi.....

g la ke SOGO...

q(-,-)p

Just Nak Share

Emm ni ade websites yang syu rasa bagus la juga untuk bacaan umum mengenai kisah-kisah nabi, hari kiamat dan yang sewaktu dengannya..

mungkin boleh menambahkan ilmu buat kita semua...

so renung-renungkan lah...

http://www.darulnuman.com/mkisah/kisah016.html

Berikut kutipan terjemahan Al-Quran tentang Zulkarnain:

83. Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Zulkarnain. Katakanlah: “Aku akan bacakan kepadamu cerita tentangnya”.

84. Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu,

85. maka dia pun menempuh suatu jalan.

86. Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam, dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: “Hai Zulkarnain, kamu boleh menyiksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka”.

87. Berkata Zulkarnain: “Adapun orang yang aniaya, maka kami kelak akan mengazabnya, kemudian dia dikembalikan kepada Tuhannya, lalu Tuhan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya.

88. Adapun orang-orang yang beriman dan beramal saleh, maka baginya pahala yang terbaik sebagai balasan, dan akan kami titahkan kepadanya (perintah) yang mudah dari perintah-perintah kami”.

89. Kemudian dia menempuh jalan (yang lain).

90. Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbit matahari (sebelah Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,

91. demikianlah. Dan sesungguhnya ilmu Kami meliputi segala apa yang ada padanya.

92. Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi).

93. Hingga apabila dia telah sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.

94. Mereka berkata: “Hai Zulkarnain, sesungguhnya Ya’juj dan Makjuj itu orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?”

95. Zulkarnain berkata: “Apa yang telah dikuasakan oleh Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka,

96. “berilah aku potongan-potongan besi” Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: Tiuplah (api itu)”. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: “Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar kutuangkan ke atas besi panas itu”.

97. Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melobanginya.

98. Zulkarnain berkata: “Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar”.

Siapa Dia...

Emm tiba-tiba saya jadi berminat untuk mengetahui siapa sebenarnye iskandar zulkarnain.. adakah dia sama dengan alexander the great...

Siapakah dia dan keistimewaan dia sehingga boleh membina tembok.....

kalau ada ape-ape... give me the information ok....

Thursday, September 4, 2008

"JODOH" (cantik msg yg disampaikan )..

Renungkanlah Sedalam-dalamnya..
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannyajauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannyasingkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat.

Dan usia 35tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itudalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuklelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.

Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hatikita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.

Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikalmencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh² bandar raya.Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alamberumahtangga.

Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosaseterusnya jambatan ke neraka?Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu.

Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenahanak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebabkenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpauttatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikansyurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaaninsan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin keranaperasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membukalorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. " Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." " "Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbaskembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."


sumber daripada email..